Thursday, April 8, 2010

MASALAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN.

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam era yang menuntut kemajuan dalam pelbagai aspek baik dari pembangunan mahupun sahsiah diri. Dalam bidang pendidikan juga teknologi dapat memantapkan kualiti pendidikan dan menyediakan tenaga kerja pada masa hadapan yang dapat mengisi bidang-bidang yang memerlukan kepakaran dalam teknologi.
Walaupun begitu,terdapat pro dan kontra dalam penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan. Penggunaan komputer sepatutnya dapat menarik minat para pelajar dalam sesuatu subjek dan mempercepatkan proses pembelajaran dan pengajaran namun sebaliknya terjadi. Dunia tanpa sempadan kini telah menyebabkan penyaluran informasi baik positif dan negatif tanpa batasnya. Para pelajar kini mempunyai akses terutamanya di Cyber Cafe. Mereka dapat mempelajari pelbagai perkara seperti memuat turun video-video atau bahan-bahan yang berunsur negatif. Bahan-bahan tersebut akan di bawa ke sekolah dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Kemahiran yang mereka perolehi digunapakai sewaktu kelas pembelajaran komputer seperti kelas ICTL. Mereka secara tidak langsung telah menyalahgunakan pembelajaran di sekolah. Komputer yang telah dibekalkan di makmal sekolah nyata telah disalahgunakan,
Seperti yang telah terjadi di salah sebuah negeri yang setiap pelajarnya dibekalkan komputer riba telah menggunakan komputer riba tersebut untuk memuat turun bahan-bahan yang tidak baik. Walaupun komputer riba tersebut telah dipasang dengan perisian untuk menghalang daripada bahan-bahan yang tidak sepatutnya dimuat turun tetapi pelajar-pelajar berkenaan mampu untuk ‘memecahkan’ halangan perisian tersebut.Tidak sampai seminggu komputer riba tersebut dibekalkan, pelajar-pelajar terbabit telah menyalahgunakan komputer riba yang sepatutnya diguna di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.
Justeru adalah jelas terdapat masalah penggunaan teknologi di dalam pendidikan. Penggunaan komputer yang sepatutnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan tetapi sebaliknya ibarat ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuhnya lalang.

4 comments:

  1. Semua benda ada kebaikan dan keburukannya, terpulanglah kepada kita untuk menentukannya. Pelajar-pelajar memerlukan bimbingan dan nasihat serta tunjukajar daripada guru dan ibubapa dalam pembelajarannya.

    ReplyDelete
  2. Semua yang kita buat ada risiko.. yang penting ketulusan hati.. kalau kita bimbing anak-anak kita dengan cara betul, mereka akan menggunakannya dengan bijak .. Jangan terlalu beri kebebasan dan kepercayaan kepada mereka .. perlu sesekali kita buat spot check untuk pastikan mereka tidak terpesong ...

    ReplyDelete
  3. The using of technology in education is good for the student if they do not misuse it.

    Baby Bedding

    ReplyDelete
  4. Technology is the key of development,the countries who are more on technology they are far ahead from others.

    plastic cards wholesale

    ReplyDelete