Tuesday, March 30, 2010

Hari ini, saya sungguh sibuk melengkapkan semua fail/folio pemantauan PPKKPS untuk dipantau oleh Ketua Sektor JPNJ . Dalam proses mengemaskini memang ada perkara yang mungkin akan naik marah tapi teringat marah mungkin akan menyakiti saya diri sendiri. Jadi saya membuat keputusan melihat gambar keluarga tersayang saya.Lihat betapa riang anak saya. Saya berasa lega dan rasa “ Life is fun “. Mari sama-sama menghayati apa itu “MARAH” dan gambar anak saya.
Anger
To practice from anger, it is necessary to have mindfulness and clear comprehension. When angry, it is better not to speak. Otherwise, with anger in the mind, our speech tends to be unwise. I think that makes a lot of sense. We may try to control our speech that is spoken while our heart is still heated with anger; but if we were to be thoroughly honest with ourselves, we can see that the words we use will tend to be improper. Even if the words are not literally harsh, the tone is likely to be spiked with anger. Under the influence of anger, that is to be expected. So, when we are angry, it may be best to keep our mouths shut and patiently watch the anger with detachment until it dies off. But what if we in a situation where we find that it is better to say something at that time and place ?
I suppose there are situations when we should speak, despite the lingering anger, such as when a parent needs to admonish a child at a specific juncture. Although admonishing a child, or anyone else, can be and is best done without anger, we may find situations where it is better to speak there and then although the anger is still there. If it were not necessary to speak at that time, then it would be better to plainly keep our mouths shut and patiently be with the anger till it dies off. Then, having cooled down, our speech will naturally not be harsh, since anger is no longer there as the motivating force. Sometimes we may even find what we earlier thought was so very necessary to say, is better left unsaid after all!
All these may seem somewhat complicated, but if mindfulness and clear comprehension are present, we’ll naturally know just the right thing to do at the right time and in the right way. It wouldn”t be complicated at all.
Therefore, while we are still not free from anger, we should be mindful of it and exercise proper restraint. This is, after all, for our own good.

Saturday, March 27, 2010

Isu dan cabaran pengintegrasian teknologi di dalam bidang pendidikan.
Terdapat berbagai isu dan cabaran pengintegrasian teknologi seperti berikut :
1. Kepakaran guru yang terhad
Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap penggunaan internet.

2. Kekurangan khidmat sokongan
Membekalkan dan menyelenggarakan peralatan komputer memerlukan kos yang tinggi. Namun begitu dengan kurangnya kakitangan sokongan akan menyebabkan banyak komputar dibiarkan rosak tanpa dibaikpulih. Jadi, kerja pembaikpulih akan dibebankan oleh guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer.

3. Masalah isi kandungan dalam internet
Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dna kemudaratan di khalayak pelajar yang merupakan golongan teramai yang menjadi pelayar internet di negara kita.

4. Masalah maklumat yang tidak tepat
Keistimewaan internet ialah tiada seseorang yang memilikinya. Sesiapa pun memnyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maka,ini telah menyebabkan banyak maklumat adalah tidak tepat.

5. Masalah mencari maklumat
Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat yang ada dapat digunakan untuk pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

6. Masalah hakcipta
Teknologi komputer telah menjadikan kerja penyalinan menjadi begitu senang. Dari sudut undang-undang adalah menjadi kesalahan jika seseorang itu menyalin dan memaparkan semula maklumat yang sama tanpa keizinan penulis asal.

7. Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian
Penghasilan pembelajaran secara talian masih kurang keran terdapat banyak guru yang tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pembelajaran talian.

8. Kekurangan peralatan
Kekurangan akses internet di sekolah akan menyebabkan kesukaran untuk mengakses komputer di sekolah untuk pembelajaran. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan penyelenggaraan komputer.

9. Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi
Penggunaan internet walaupun ada kebaikan, terdapat juga kekurangan, pelajar asyik mengakses internet dan duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini telah menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Kalau isu dan cabaran itu dipandang sebagai satu pengalaman kemahiran masa kini. Maka pelajar kita memang dapat bertemu dengan dunia nyata dalam masa sekelip mata sahaja. Semua pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik serta dapat bersaing dengan arus global demi memenuhi kehendak dan inspirasi negara kita.

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN
Sebaliknya ke sekolah, berturut-turut setiap petang, selepas sekolah saja beralih pula menghadiri mesyuarat Guru Besar. Minggu ini kami warga sekolah semua bekerja sepasukan untuk mengemaskini fail dan folio serta menyiapkan kerja yang diarahkan untuk pemantauan peningkatan pengurusan sekolah. Pemantauan jaminan kualiti ini adalah di bawah 5 sektor JPNJ. Warga sekolah saya tidak berasa beban kerana kami sentiasa ada membuat penambahbaikan dan pemantauan dalaman dari semasa ke semasa. Semoga kali ini sekolah saya akan mendapat cemerlang dan seterusnya gemilang.

Monday, March 22, 2010

Kepentingan teknologi terhadap bidang pendidikan
Sejajar dengan teknologi ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransfomasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke 21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Malaysia Pelajaran melihat teknologi maklumat sebagai satu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi,menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.Konsep teknologi maklumat dalam pendidikan dalam kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama :
1. Teknologi maklumat untuk semua pelajar, bermaksud bahawa teknologi maklumat
digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
2. Fungsi dan peranan teknologi maklumat dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat
pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek
tersendiri.
3. Menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Memandangkan teknologi maklumat merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantai nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses perkhidmatan dan kemudahan teknologi maklumat secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN
Definisi teknologi di dalam bidang pendidikan
Menurut MacKenzie dan Eraut 1971,” Teknologi pendidikan merupakan studi sistematik mengenai cara bagaimana tujuan pendidikan dapat dicapai”. Definisi AECT 1972 pula memberi rumusan “ Teknologi pendidikan adalah suatu bidang yang berkepentingan dengan memfasilitasi belajar pada manusia melalui usaha sistematik dalam : identifikasi, pengembangan, pengorganisasian dan pemaanfaatan berbagai macam sumber belajar serta dengan pengelolaan atas keseluruhan proses tersebut” Memandangkan perkembangan dan kemajuan ilmu pengetahuan yang berlangsung pesat, maka amat pentinglah teknologi di dalam pendidikan untuk menggerakkan kualiti pembelajaran ke kemuncak yang sejajar dengan keperluan arus globalisasi.
http://www.docstoc.com/docs/23849878/Sejarah-dan-Definisi-Teknologi-Pendidikan

Sunday, March 21, 2010

Hujung minggu ini saya berangkat ke Pulau Pinang melawat nenek yang uzur. Nenek saya telah berumur 96 tahun. Walaupun dia sakit tapi ingatan masih jelas. Memandangkan badannya yang kurus bergedut. Saya teringat hidup itu memang tak ketentuan. Sesiapa itu akan tua dan mati. Sesiapa pun tidak dapat pasti bila dan bagaimana dia akan menghadapi akhir hayatnya. Ada orang kata tua itu adalah satu pahala, dapat cucu cicit yang begitu ramai. Ada orang pula berpendapat banyak cucu cicit buat apa, masing- masing ada kerja sendiri. Siapa akan menghiraukan nenek yang sedang rindukan cucu cicitnya. Jadi, kumpullah pahala banyak-banyak dengan melaksanakan setiap tanggungjawab sendiri demi kepentingan sendiri dan orang lain. Jangan membebankan orang lain dan sendiri juga tidak terseksa semasa menghampiri akhir hayat nanti. Berani menghadapi kematian itu sebagai ketaktentuan hidup. Semoga nenek saya dapat bahagia dan pahala yang suci. Besok akan ke sekolah, harap setiap saat yang akan hadapi itu adalah riang gembira. Life Is Fun.

Wednesday, March 17, 2010

Terima kasih dapat bersama-sama melawat ke BTP dan Parlimen. Kawan-kawan yang ada gambar saya jangan lupa email bagi saya. Ribuan terima kasih diucapkan. Selamat berjumpa pada 12 April.

Tuesday, March 16, 2010

Patience
means
staying in a state of balance
regardless
of what is happening,
staying easy, relaxed and alert.
Be Patient
with everyone but above all, with ourselves
Let us not
be diheartened by our
own imperfections but
always rise up with fresh courage.
There is no better means
of attainment to the
spiritual life than by
continually beginning again
and never thinking that
we have done enough

Wednesday, March 10, 2010

Life Is Fun

Everyday is a nice day !
Life in UPSI,One Step Ahead.Just do it.