Sunday, March 21, 2010
Hujung minggu ini saya berangkat ke Pulau Pinang melawat nenek yang uzur. Nenek saya telah berumur 96 tahun. Walaupun dia sakit tapi ingatan masih jelas. Memandangkan badannya yang kurus bergedut. Saya teringat hidup itu memang tak ketentuan. Sesiapa itu akan tua dan mati. Sesiapa pun tidak dapat pasti bila dan bagaimana dia akan menghadapi akhir hayatnya. Ada orang kata tua itu adalah satu pahala, dapat cucu cicit yang begitu ramai. Ada orang pula berpendapat banyak cucu cicit buat apa, masing- masing ada kerja sendiri. Siapa akan menghiraukan nenek yang sedang rindukan cucu cicitnya. Jadi, kumpullah pahala banyak-banyak dengan melaksanakan setiap tanggungjawab sendiri demi kepentingan sendiri dan orang lain. Jangan membebankan orang lain dan sendiri juga tidak terseksa semasa menghampiri akhir hayat nanti. Berani menghadapi kematian itu sebagai ketaktentuan hidup. Semoga nenek saya dapat bahagia dan pahala yang suci. Besok akan ke sekolah, harap setiap saat yang akan hadapi itu adalah riang gembira. Life Is Fun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
It seems a good blog, thank you for sharing it.
ReplyDeleteNew Car Prices