Isu dan cabaran pengintegrasian teknologi di dalam bidang pendidikan.
Terdapat berbagai isu dan cabaran pengintegrasian teknologi seperti berikut :
1. Kepakaran guru yang terhad
Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap penggunaan internet.
2. Kekurangan khidmat sokongan
Membekalkan dan menyelenggarakan peralatan komputer memerlukan kos yang tinggi. Namun begitu dengan kurangnya kakitangan sokongan akan menyebabkan banyak komputar dibiarkan rosak tanpa dibaikpulih. Jadi, kerja pembaikpulih akan dibebankan oleh guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer.
3. Masalah isi kandungan dalam internet
Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dna kemudaratan di khalayak pelajar yang merupakan golongan teramai yang menjadi pelayar internet di negara kita.
4. Masalah maklumat yang tidak tepat
Keistimewaan internet ialah tiada seseorang yang memilikinya. Sesiapa pun memnyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maka,ini telah menyebabkan banyak maklumat adalah tidak tepat.
5. Masalah mencari maklumat
Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat yang ada dapat digunakan untuk pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
6. Masalah hakcipta
Teknologi komputer telah menjadikan kerja penyalinan menjadi begitu senang. Dari sudut undang-undang adalah menjadi kesalahan jika seseorang itu menyalin dan memaparkan semula maklumat yang sama tanpa keizinan penulis asal.
7. Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian
Penghasilan pembelajaran secara talian masih kurang keran terdapat banyak guru yang tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pembelajaran talian.
8. Kekurangan peralatan
Kekurangan akses internet di sekolah akan menyebabkan kesukaran untuk mengakses komputer di sekolah untuk pembelajaran. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan penyelenggaraan komputer.
9. Pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi
Penggunaan internet walaupun ada kebaikan, terdapat juga kekurangan, pelajar asyik mengakses internet dan duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini telah menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Kalau isu dan cabaran itu dipandang sebagai satu pengalaman kemahiran masa kini. Maka pelajar kita memang dapat bertemu dengan dunia nyata dalam masa sekelip mata sahaja. Semua pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik serta dapat bersaing dengan arus global demi memenuhi kehendak dan inspirasi negara kita.
http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN
Saturday, March 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya, betul juga...pengintegrasian teknologi dalam pendidikan merupakan satu usaha yang amat diperlukan dalam dunia global ini. Tetapi kenyataannya ialah masih terdapat banyak kekangan dalam usaha ini. Sebagai warga pendidik, kita harus berusaha untuk merealisasikannya dengan secara berkesan. Mengenai kesan negatif yang akan timbul iaitu pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi, saya berpendapat bahawa itulah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kita semua khasnya warga pendidik dan juga golongan ibu bapa atau penjaga. Kita harus peka dengan kesan negatif ini dan bersedia untuk mengambil tindakan yang sesuai untuk menangani masalah ini seperti meluangkan masa lebih untuk bersama-sama anak murid kita, aktiviti luar ditambah dan sebagainya.
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan bahawa segala perancangan yang dijalankan menghadapi cabaran, termasuklah pengintegrasian teknologi di dalam bidang pendidikan.
ReplyDeletepenggerak untuk mereka yang optimistic untuk mencari pelbagai kaedah untuk menangani sebarang isu atau masalah yang timbul. Inilah sebabnya perkembangan terus berlaku, penggunaan ICT dalam pendidikan sudah menjadi satu amalan.
Perbaiki mana yg sepatutnya.. dan buatlah sebaik yang mungkin demi anak malaysia ...
ReplyDelete