Kepentingan teknologi terhadap bidang pendidikan
Sejajar dengan teknologi ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransfomasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke 21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Malaysia Pelajaran melihat teknologi maklumat sebagai satu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi,menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.Konsep teknologi maklumat dalam pendidikan dalam kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama :
1. Teknologi maklumat untuk semua pelajar, bermaksud bahawa teknologi maklumat
digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
2. Fungsi dan peranan teknologi maklumat dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat
pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek
tersendiri.
3. Menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Memandangkan teknologi maklumat merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantai nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses perkhidmatan dan kemudahan teknologi maklumat secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN
Monday, March 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas! You have started your work already. Keep it up!
ReplyDelete